awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
Mek Mulung Afrot: Asmidar perkukuh misi pelestarian JKKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Viking Clap' dipertikai, ini jawapan pedas 'tentera bawang' Malaysia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/07/2019
23:30 MYT
'Viking Clap' dipertikai, ini jawapan pedas 'tentera bawang' Malaysia
'Viking Clap' pada final Piala FA Sabtu lalu disertai lebih 83,000 penyokong, sekaligus cipta rekod. - Foto/Facebook MFL
Sabtu lalu, sebelum Kedah membawa pulang piala FA buat kali kelima, ada perkara yang terlebih dahulu menarik perhatian di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dengan 83,520 penyokong Kedah dan Perak bersatu hati melakukan Viking Clap, ia diiktiraf sebagai Viking Clap terbesar di negara ini, dan mungkin juga antara yang terbesar di dunia.
Video itu tular dan kemudiannya dimuat naik ke akaun Facebook ESPN FC yang memiliki lebih lima juta pengikut pada Ahad.
Namun seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna Ram Forreal, dalam satu komen, mempertikaikan Viking Clap tersebut, dengan alasan orang Malaysia 'bukan Viking'.
Komen bernada sinis itu pantas 'dicantas' netizen dari Malaysia, dengan pelbagai contoh yang agak mencuit hati untuk merasionalkan pendapat Forreal.
"I fried fries at home, it is still called French Fries and I'm not even French. Irony isn't?" tulis Pijo Hakim.
"Texas Chicken in Malaysia but Texas not in Malaysia. How about that?" tanya Mohamad Khairul Hafizhi pula.
"So Mexican Wave needs to stay on the other side of your imaginary wall?" kata Kamal Mohammad.
Biarpun berbentuk jenaka, komen-komen berkenaan dilihat sekurang-kurangnya dapat 'mengajar' Forreal agar tidak terlalu cetek pemikiran.
Hakikatnya sukan merupakan sesuatu yang menyatukan semua bangsa, tidak kira dari mana atau latar belakang, dan pertikaian seperti yang dimulakan Forreal tidak sepatutnya wujud.
Jangan main-main dengan tentera bawang Malaysia!
Topic Berkaitan
#bola sepak
#ESPN FC
#Kedah
#Malaysia
#Perak
#Piala FA
#sukan
#Viking Clap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan