KUALA LUMPUR: Jika busana yang pernah disarung Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma walaupun dalam visual hitam putih di kaca televisyen dilihat cukup menawan, bayangkan sekiranya ia dilihat secara dekat dalam warna sebenar.
Berusia hampir 60 tahun, kecantikan, keunikan serta warna-warni busana serta aksesori fesyen yang pernah digayakan pemilik nama sebenar Salmah Ismail itu kini boleh disaksikan sendiri di Pameran P. Ramlee dan Saloma selama sebulan yang berakhir 16 Mei ini di pusat beli-belah Fahrenheit88 di sini.
Daripada 29 artifak yang dipamerkan, paling memukau pengunjung adalah gaun retro yang pernah digayakan Saloma yang terkenal sebagai 'Perintis Fesyen Malaya' dalam filem Ragam P. Ramlee terbitan tahun 1964 .
Berkongsi lanjut, penyelaras pameran, Khairunnasya Mohamed Shazali berkata, keistimewaan gaun warna perak berkilauan itu terletak pada tulisan 'SALOMA' berwarna merah di bahagian depan yang menggunakan labuci serta manik silinder yang dijahit sendiri ikon fesyen retro tersebut.
Selain itu, fesyen gaun berkenaan yang mempunyai belah pada bahagian belakang turut direka sendiri oleh pelakon legenda tersebut serta dibantu teman rapatnya, Nona Asiah yang menjahit busana itu.
"Menurut sumber keluarga dan rakan baiknya, Saloma diketahui seorang yang minat berfesyen serta gemar menjahit labuci dan mengait, malah kebanyakan pakaian beliau adalah hasil rekaannya sendiri.
"Selain rekaan bajunya yang cantik dan unik, ikoniknya fesyen Saloma ni adalah saiz pinggangnya yang ramping dianggarkan sekitar 22 inci, sehingga kami perlu menempah 'mannequin' (boneka pakaian) khas supaya padan dengan pakaian," katanya kepada Bernama.
Khairunnasya berkata, fesyen unik yang dipopularkan 'Marilyn Monroe of The East' itu termasuk kain kipas, peplum, kain sempit, kain belah dan kebaya ketat yang masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran dengan penambahan unsur gaya barat.
Turut dipamerkan adalah kaca mata, kasut, tas tangan milik penyanyi lagu 'Bila Larut Malam' itu selain 18 artifak milik Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee antaranya mesin taip, biola, seruling dan kasut.
Katanya, kesemua artifak yang disimpan oleh Arkib Negara Malaysia di Pustaka Peringatan P. Ramlee di sini dan di Rumah Kelahiran P. Ramlee di Pulau Pinang itu menjalani teknik konservasi profesional bagi menjamin kelangsungan elemen warisan serta kualiti fabrik.
Pameran itu dianjurkan Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama pusat beli-belah Fehrenheit88 bersempena kempen Hari Raya Aidilfitri 'Raya Melodies', yang dua tokoh tersebut diangkat menjadi tema dekorasi pusat beli-belah tersebut. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Gaun warna perak berkilauan tertera tulisan 'SALOMA' di bahagian depan ini merupakan antara yang kekal dalam ingatan peminat-peminat setia biduanita legenda negara. - Gambar Facebook Fahrenheit88 Shopping Mall
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru
Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.