awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Women for Refugees didik pelarian membaca, menulis

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
22/11/2020
03:34 MYT
Women for Refugees didik pelarian membaca, menulis
Women for Refugees berjaya mengumpulkan 20 tenaga pengajar secara sukarela untuk mendidik golongan pelarian mengenal huruf dan membaca.
KUALA LUMPUR:Di sebuah bilik, kelihatan sekumpulan murid sedang tekun belajar mengenal huruf.
Bagaimanapun, mereka ini bukan pelajar pra-sekolah tetapi, pelarian yang menetap di Kuala Lumpur yang berumur lewat 50-an.
Mereka pertama kali belajar untuk membaca dan menulis.
Kelas pembelajaran itu merupakan hasil usaha Arissa Jemaima Ikram Ismail dan rakannya, Davina Devarajan, yang membentuk Women for Refugees bagi membantu wanita-wanita yang kurang bernasib baik itu.
Mereka merekrut guru sebagai tenaga pengajar melalui Instagram dan kini organisasi itu mempunyai 20 tenaga pengajar sukarelawan.
“Buat masa ini, kami mengadakan kelas selama tiga minggu, di mana kami mengajar kumpulan wanita dan kanak-kanak ini bagaimana untuk menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris,” ujarnya.
Dalam pada itu, salah seorang pelarian menyifatkan kelas itu sebagai amat bermakna buat dirinya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
“Kadang-kadang doktor di sini bercakap Bahasa Inggeris. Ia agak sukar. Lagipun, apabila kita ke luar negara, kita perlu bercakap Bahasa Inggeris.
"Sebab itu saya perlu belajar,” ujar Shahidah Salamatulah.
Bagi rancangan masa panjang, Women for Refugees berharap dapat mengembangkan kelas di kawasan kejiranan lain, merangkumi kemahiran teknikal, yang dapat membantu wanita memperoleh pendapatan.
Bagaimanapun, semua kelas terpaksa dihentikan buat sementara waktu sejak pertengahan Oktober susulan perintah kawalan pergerakan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Namun, sesi pembelajaran tetap diteruskan menerusi rakaman video selain pembelajaran dalam talian yang diadakan seminggu sekali.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#pelarian
#Women for Refugees
#guru
#Arissa Jemaima Ikram Ismail
#belajar dalam talian
#bahasa Inggeris
#Bahasa Melayu
#membaca
#menulis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan