YouTube hari ini telah melancarkan ‘Saluran Ramadhan’ untuk musim perayaan ini.

Saluran ini akan menghidangkan kandungan tempatan dengan pekerjasamaan Youtube Malaysia dengan pencipta-pencipta tempatan.

Pencipta dan pembekal kandungan tempatan ini termasuk Animonsta Studios, Astro, Homegrown Productions, Trymasak, dan Suria Records telah menyediakan pelbagai kandungan.

Sebanyak 280 video unik yang secara keseluruhannya menampilkan lebih 130 jam boleh diakses seluruh rakyat Malaysia.

“Apa yang hebat adalah tahun ini untuk pertama kalinya kami bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Nestle untuk mengelolakan sebuah kandungan istimea sempena Ramadhan dan Raya agar rakyat Malaysia dapat mengakses kandungan bermusim yang sesuai dengan lebih mudah untuk dinikmati bersama seisi keluarga dan rakan-rakan,” kata Sajith Sivanandan, pengurus negara Google Malaysia.

“Kami berharap bahawa saluran Ramahdan Youtube bakal menjadi wadah kepada kandungan tempatan berkualiti yang bermanfaat yang menggambarkan keindahan dan kepelbagaian Malaysia,” tambah Sajith.

YouTube Malaysia, yang dimiliki Google, dilancarkan pada bulan Mac 2012, diikuti dengan Program Rakan Kongsi Youtube pada Disember lalu untuk membantu pencipta-pencipta kandungan di Malaysia menjana pendapatan dengan karya mereka.