awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zayan meriahkan KL Car Free Morning dengan aktiviti jalan pagi bersama komuniti berjubah

Kenyataan Media
Kenyataan Media
13/10/2025
03:50 MYT
Zayan meriahkan KL Car Free Morning dengan aktiviti jalan pagi bersama komuniti berjubah
Seramai 420 peserta mendaftar dan 220 hadir secara fizikal dengan berpakaian jubah menyertai program jalan kaki santai sempena KL Car Free Morning, Ahad lalu.
ZAYAN, stesen radio yang sinonim dengan gaya hidup Muslim kontemporari, telah berjaya menganjurkan satu program komuniti sempena KL Car Free Morning yang berlangsung pada hari Ahad lalu. Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh nilai spiritual, dan merapatkan hubungan sesama komuniti.

Ringkasan AI
  • ZAYAN menganjurkan program komuniti sempena KL Car Free Morning dengan pengisian rohani dan aktiviti berjalan kaki santai, bermula dengan solat subuh berjemaah dan tazkirah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
  • Seramai 420 peserta mendaftar dan 220 hadir secara fizikal, berpakaian jubah sebagai simbol identiti Muslim, menyertai aktiviti berjalan kaki dari masjid ke laluan KL Car Free Morning sebelum kembali untuk sesi cabutan bertuah.
  • Program ini mendapat sambutan positif dan ZAYAN bercadang untuk meneruskannya di masa akan datang dengan skala lebih besar serta mengalu-alukan kerjasama penaja dan organisasi bagi memperluas impak sosial dan rohani kepada masyarakat.

Acara dimulakan seawal subuh dengan solat berjemaah dan tazkirah ringkas di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, diikuti dengan sesi pemanasan badan yang santai dan penuh semangat. Seramai 420 peserta telah mendaftar, dan 220 orang hadir secara fizikal, menunjukkan sokongan yang amat memberangsangkan daripada pendengar dan masyarakat umum.
Menariknya, para peserta hadir dengan berpakaian jubah, mencerminkan identiti Muslim yang sederhana dan berwibawa, sambil menyertai aktiviti berjalan kaki secara santai. Tepat jam 7 pagi, peserta mula berjalan dari masjid menuju ke laluan KL Car Free Morning, menikmati suasana pagi yang segar dan bebas kenderaan. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan berkenalan dalam suasana yang harmoni.
Setelah selesai berjalan, peserta kembali ke masjid sekitar jam 8 pagi untuk sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk 30 pasang kasut dari IJMAL, produk penjagaan diri Verinatural Deodorant, dan barangan eksklusif dari jenama Siti Khadijah. Acara berakhir sekitar jam 9 pagi dengan suasana penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Pengurus Jenama ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, ZAYAN amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan.
"Program ini bukan sekadar aktiviti berjalan pagi, tetapi satu usaha untuk menyatukan komuniti dalam suasana yang sihat dan berinspirasi. Bermula dengan subuh berjemaah, tazkirah ringkas, dan berjalan bersama dalam jubah, kami ingin membawa mesej bahawa gaya hidup Muslim boleh seimbang antara spiritual dan fizikal.
"Melihat kepada sambutan yang sangat positif, kami sedang mempertimbangkan untuk meneruskan acara ini di masa akan datang, sama ada di lokasi lain atau dalam skala yang lebih besar. Kami percaya bahawa inisiatif seperti ini mampu memberi impak positif kepada masyarakat, bukan sahaja dari segi kesihatan fizikal tetapi juga dari segi pembangunan rohani dan sosial.
"ZAYAN juga mengalu-alukan mana-mana syarikat, jenama atau organisasi yang berminat untuk menjadi rakan penaja atau kolaborator dalam penganjuran acara akan datang. Sokongan daripada pihak luar amat penting dalam memastikan program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai peserta di seluruh negara.
"Kami percaya bahawa dengan kerjasama yang kukuh antara media, komuniti dan sektor korporat, kita mampu menjadikan aktiviti seperti ini sebagai satu platform yang bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga menyatukan masyarakat dalam suasana yang positif dan berkat," katanya.
ZAYAN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan perpaduan komuniti.
ZAYAN
Topic Berkaitan
#Zayan
#kl car free morning
#program jalan kaki
#Wan Syahrul Amry Wan Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan