PENYANYI dan komposer veteran Hollywood, Neil Sedaka yang masyhur pada era 1960-an dan 1970-an meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Sedaka dikenali melalui suara sopranonya yang muda, melodi ceria, serta sumbangannya besar dalam era awal rock ‘n’ roll.
Advertisement
Keluarga mendiang mengumumkan pemergian beliau pada Jumaat sambil menyatakan mereka amat berduka dengan kehilangan suami, bapa dan datuk tersayang itu.
Mereka menyifatkan Sedaka sebagai legenda rock and roll serta insan yang luar biasa kepada sesiapa yang mengenalinya.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai punca kematian seniman itu belum dikongsi.
Sedaka merupakan antara tokoh penting di Brill Building, pusat lahirnya ramai penulis lagu terkemuka pada akhir 1950-an hingga awal 1960-an.
Beliau berkolaborasi dengan penulis lirik Howard Greenfield, rakan sejak kecil, menghasilkan lagu-lagu yang mencerminkan keperibadian remaja pada era itu.
Antara lagu terkenal yang dihasilkan secara kerjasama oleh mereka termasuk Happy Birthday Sweet Sixteen, Calendar Girl, dan Oh! Carol yang ditujukan kepada kekasih sekolah menengahnya ketika itu, Carole King.
Walaupun kariernya merosot pada satu ketika, Sedaka bangkit semula pada tahun 1970-an melalui lagu-lagu popular seperti Laughter in the Rain dan Bad Blood.
Kumpulan Captain & Tennille turut mencapai kejayaan besar dengan lagu ciptaannya, Love Will Keep Us Together, yang menjadi lagu nombor satu pada 1975. - Agensi