PELAKON Azhan Rani berkongsi sisi peribadi sahabatnya iaitu aktres, Amyza Adnan yang disifatkan sebagai seorang wanita cekal dan profesional sepanjang berada di set penggambaran, meskipun sedang berdepan dugaan besar.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhan berkata sepanjang mereka menjalani penggambaran bersama baru-baru ini, Amyza tidak pernah memperlihatkan kesedihan yang ditanggungnya, sebaliknya kekal ceria seperti biasa.
Advertisement
“Aku tahu ramai dah cakap tentang sabar, kuat, dan redha. Aku pun tahu kau sendiri lebih tahu jawapannya sebab kau yang berdepan dengan semua ni.
“Dari kita shooting sama-sama lagi baru-baru ni aku tahu kau banyak simpan macam-macam yang kau tak nak tunjukkan pada orang lain di sebalik gurau gelak kau yang macam tak ada apa-apa tiap hari dekat set tu,” coretnya.
Dalam perkongsian sama, Azhan turut mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan buat Amyza dan keluarganya.
“Kau dah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya Allah yang punya kuasa.
“Apa pun aku cuma doakan saat ini Allah peluk kau, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kau. Semoga juga Allah sediakan tempat terbaik untuk Andre Mikhail bersama orang-orang yang beriman,” coretnya.
Azhan bagaimanapun memaklumkan tidak dapat menziarahi Amyza buat masa ini kerana masih terikat dengan jadual penggambaran di Sarawak.
Namun, dia berharap diberikan peluang untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.
“Syurgalah tempatnya Insha-Allah. Maaf tak dapat nak menziarahmu saat ini kerana masih shooting di Sarawak ni.
“Insha-Allah, ada rezeki nanti aku ziarah mu. Moga dimudahkan serta lancar segala urusan. Al-Fatihah buat allahyarham Andre Mikhail bin Khairul Izhar,” tulisnya.
Terdahulu, anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.
Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories pada Isnin. - Gempak