Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Abah Saya Uncle Mike, Malam Terlarang dan Dapur Goodday Misi Inspektor Sani Menang di Anugerah APPIES 2026

Filem Abah Saya Uncle Mike, Malam Terlarang dan program masakan Dapur Goodday Misi Inspektor Sani antara yang meraih pengiktirafan di Anugerah APPIES  Malaysia 2026. -- GEMPAK
APPIES Malaysia merupakan festival tahunan yang menghimpunkan idea-idea pemasaran terbaik dan dianjurkan oleh MARKETING Magazine Asia. - Gempak
Advertisement

FILEM Abah Saya Uncle Mike, Malam Terlarang dan program masakan Dapur Goodday Misi Inspektor Sani antara yang meraih pengiktirafan di Anugerah APPIES Malaysia 2026.

Abah Saya Uncle Mike tampil sebagai antara penerima paling menyerlah apabila membawa pulang anugerah emas menerusi kategori Best in Content & Brand Publishing bagi kempen The Story That Made a Nation Cry: Driving 23% Sales Growth.

Malah, filem itu juga turut meraih anugerah perak dalam kategori Best in Innovation, selain gangsa bagi kategori Best in Food & Beverages.

Sementara itu, Malam Terlarang turut mencatat kejayaan apabila meraih perak menerusi kategori Best in Social bagi kempen Stay Strong at WONDA Malam Terlarang.

Kempen sama turut membawa pulang anugerah gangsa dalam kategori Best in Omnichannel & Integrated Marketing, selain Merit bagi kategori Best in Experiential & Activation.

Tidak ketinggalan, Dapur Goodday Misi Inspektor Sani turut menerima gangsa bagi kategori Best in Festive Marketing menerusi kempen How Goodday Turned Blockbuster Entertainment into Ramadan’s Biggest Food Experience.

Selain tiga kempen berkenaan, prgram Gegar Vaganza turut mencatat kejayaan apabila memenangi emas dalam kategori Best in Content & Branded Entertainment menerusi kempen CelcomDigi x Gegar Vaganza: Ada Top Up, Ada Vote Lagi!.

Dalam kategori sama, The Destiny Network meraih gangsa menerusi kempen Turning Fortune Into Entertainment.

Turut menerima pengiktirafan ialah Inilah Kita yang meraih Merit bagi kategori Best in Crisis Response & Brand Recovery, manakala ALPHA menerima Merit dalam kategori Best in Influencer & Creator Marketing.

APPIES Malaysia merupakan festival tahunan yang menghimpunkan idea-idea pemasaran terbaik dan dianjurkan oleh MARKETING Magazine Asia.

Bagi edisi ke-11 tahun ini, sesi pengadilan dan pembentangan berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 Julai 2026, sebelum malam kemuncak anugerah diadakan pada 21 Ogos 2026 bagi mengumumkan para pemenang.

Majlis anugerah tersebut berlangsung di KLGCC Convention Centre, Malaysia. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement