Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Deepika Padukone selamat lahirkan anak kedua pada usia 40

Deepika Padukone Selamat Lahirkan Anak Kedua pada Usia 40 -- GEMPAK
Berita gembira itu dikongsi Padukone, 40, kepada sekitar 78 juta pengikut mereka menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram. - Foto Instagram Deepika Padukone
Advertisement

DEEPIKA PADUKONE dan suami, Ranveer Singh sedang berbahagia apabila keluarganya berkembang dengan kelahiran anak kedua.

Berita gembira itu dikongsi Padukone, 40, kepada sekitar 78 juta pengikut mereka menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram.

Menerusi perkongsian ringkas yang disertai dengan kad yang bercetak kesan tapak kaki bayi, pasangan selebriti Bollywood itu juga mengumumkan mereka dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

“Welcome Baby Girl! (selamat datang anak perempuan kami) 19/9/2026 Dua. Deepika & Ranveer,” tulis perkongsian tersebut.

Pengumuman tersebut juga mengesahkan anak kedua pasangan berkenaan dilahirkan pada 19 September 2026.

Padukone dan Ranveer, 41, mengumumkan mereka bakal menambah ahli keluarga baharu pada April lalu.

Untuk rekod, Deepika dan Ranveer sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dua, yang dilahirkan pada September 2024.

Pengumuman istimewa itu turut menampilkan anak sulung mereka, Dua, yang memegang alat ujian kehamilan positif, sekali gus memberi indikasi dia bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

Hantaran tersebut pantas tular dan menerima kira-kira 5.5 juta tanda suka, selain dihujani ribuan komen daripada peminat yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Mereka sebelum ini menyambut kelahiran anak sulung, Dua Padukone Singh, pada 8 September 2024 selepas enam tahun berkahwin. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement