APPLE akan memfokuskan AI pada tahun ini dengan iOS 18 akan menjadi kemas kini terbesar dalam sejarah Apple.

Siri juga dikatakan akan diintegrasikan dengan AI, iPhone boleh memproses AI terus dari dalam peranti.

Terbaharu dari CNBC, Ben Reitzes selaku ketika kajian teknologi di Melius Research memberitahu Apple tidak ketinggalan dalam perlumbaan AI. Malah Apple mungkin akan menawarkan stor aplikasi AI tersendiri.

Stor ini akan menjelaskan lagi mengenai AI pada platform Apple dan cara memberi aplikasi AI terus dalam stor tersendiri ini.

Reitzes menyatakan yang Apple boleh berjaya dengan AI seperti mana Apple menjayakan industri muzik moden dengan iTunes suatu ketika dahulu.

Dengan Apple sudah membenarkan pembangun hadir dengan stor aplikasi tersendiri di Eropah, stor alternatif untuk AI adalah tidak mustahil.

Open AI turut mempunyai stor chatbot untuk pelanggan premium mereka menggunakan pelbagai jenis chatbot dengan tema tersendiri.

Sama-sama kita nantikan acara WWDC pada 11 Jun nanti untuk melihat apakah AI di mata Apple. -Amanz