PERKONGSIAN daripada selebriti-selebriti tempatan merancakkan kembali kempen 'Klik Dengan Bijak' dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna berkenaan etika melayari Internet.

Dilancarkan pada 2012 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), pertubuhan komuniti ini semakin mendapat perhatian masyarakat dengan objektif memberi pendidikan dan peringatan secara santai supaya berwaspada melayari dunia siber.

'Klik Dengan Bijak' mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.

Kempen ini menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram dalam usaha mendekati pengguna.

Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, definisi reputasi digital, ‘netiquette’ serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.

Selain pembabitan selebriti, Klik Dengan Bijak dilaksanakan secara interaktif, termasuk melalui permainan video dan sesi penerangan yang ringkas.

Kongsi #klikdenganbijak untuk manfaat bersama.