SELEPAS menguji paparan iklan aplikasi pada bahagian menu Start di Windows 11, kini Microsoft bergerak pantas, dan telah mula memperkenalkan ciri baharu ini secara meluas kepada semua melalui kemas kini Windows 11 terbaharu.

Dengan langkah ini, apabila pengguna membuka menu Start di Windows 11, ia akan memaparkan aplikasi yang dipromosikan untuk pengguna pasang terus di komputer Windows masing-masing.

Apa pun, pihak Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.

Untuk sembunyikan paparan iklan, pengguna hanya perlu ke Settings > Personalization > Start, dan seterusnya menutup pada bahagian “Show recommendations for tips, app promotions, and more”. -Amanz