MICROSOFT Copilot adalah perkhidmatan AI generatif yang menggunakan model bahasa raya GPT-4 dari OpenAI.

Ia kini diintegrasikan di dalam Windows serta turut mempunyai aplikasi tersendiri.

Copilot boleh membantu pengguna menjana imej, menulis semula emel, menjana senarai dan banyak lagi.

Terbaharu, Microsoft dilihat cuba mengembangkannya ke dalam Notepad pula.

Baru-baru ini, pengguna Windows 11 Insider dalam saluran Canary dan Dev boleh menguji aplikasi Notepad baharu.

Notepad ini hadir dengan ciri Explain with Copilot. Melaluinya pengguna boleh meminta bantuan sistem AI ini untuk menyemak sebarang log yang direkod, kod-kod, nota dan lain-lain.

Microsoft turut menyediakan akses pantas melalui kekunci Ctrl + E.

Ini adalah ciri yang cukup membantu seperti mana Google menyertakan Gemini (dahulunya Bard) pada perkhidmatan digital mereka seperti Docs dan lain-lain.

Buat masa ini masa ini tidak pasti bila pengguna versi stabil akan menerimanya. Ia mungkin dalam kemas kini Windows besar yang akan tiba tahun ini.

Sama-sama kita nantikan. -Amanz