Hos 'The Colbert Report', Stephen Colbert menerima tetamu yang luar biasa baru-baru ini.

Datang dari 'Middle-Earth', sesi wawancara gempar dengan kemunculan naga Smaug yang digeruni dalam filem 'The Hobbit'.

Smaug muncul garang dengan memecahkan dinding studio.

Naga itu hadir untuk berkongsi cerita tentang francais terakhir 'The Hobbit: The Battle of The Five Armies'.

Wawancara selama 7 minit itu menjadi antara carian tertinggi di laman sosial.

Colbert, peminat setia karya J.R.R Tolkien turut membuat penampilan dalam filem tersebut sebagai Master of Laketown.

"The Hobbit - The Battle of The Five Armies" yang dibintangi Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Benedict Cumberbatch, Orlando Bloom dan Evangeline Lilly bakal menemui penonton Malaysia pada 18 Disember.

Sumber YouTube