Trending hari ini di platform media sosial Twitter apabila Google melancarkan barisan terbaru produk-produk peranti Android Nexus, termasuklah telefon pintar Nexus 6 dengan skrin 5.9 inci, Nexus 9 tablet sebesar 9 inci dan Nexus Player iaitu sebuah pemain media yang menyiarkan kandungan TV dan permainan video.

Nexus 6 dilengkapi dengan sistem operasi terbaru keluaran Google yang diberi nama Android 5.0 Lollipop. Sistem operasi itu menjanjikan pengalaman skrin yang pelbagai termasuk pada antaramuka telefon pintar, tablet dan juga TV.

Android 5.0 Lollipop dikatakan mampu menjimatkan bateri dan memanjangkan jangka hayat bateri sehingga 90 minit.


Pengguna Twitter tempatan telah mula memberikan reaksi mereka tentang produk terbaru keluaran Google ini terutamanya peranti Nexus 6.


Portal Amanz pada kemaskini artikel terbaru mereka turut membuat perbandingan diantara Nexus 6, Galaxy Note 4 & iPhone 6 Plus.


Tempahan awal untuk peranti Nexus 6 akan bermula pada 29 Oktober ini manakala bagi Nexus 9 & Nexus Player akan bermula lebih awal iaitu pada 17 Oktober. Ketiga-tiga produk terbaru Nexus ini akan mula dijual di kedai-kedai telekomunikasi bermula awal November 2014.

Bagi anda yang ingin melihat dengan lebih dekat & memahami spesifikasi produk terbaru Google ini, anda boleh layari ke http://www.google.com/nexus/6/