Bagi memajukan industri dan meningkatkan kesedaran mengenai sistem sekuriti dan aplikasi di negara ini, OWASP Malaysia bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur dan terbaru menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

UTM merupakan universiti pertama yang menyediakan ijazah keselamatan komputer di Malaysia, menjadikan OWASP sebagai rakan strategik dan sumber rujukan.