Tan Sri Tony Fernandes memberikan reaksinya terhadap prestasi hambar pasukan Queens Park Rangers (QPR) di Twitter.

Baginya sebagai pemilik kelab, sudah tiba masa perkara itu diselesaikan tanpa memberikan sebarang alasan.

Tony bukan sahaja menyalahkan pemain atau pengurusan pasukan malah beliau juga perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi QPR.