awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarters

Bernama
Bernama
08/04/2025
08:30 MYT
Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarters
Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya, tanpa kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan.
KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA di sini, semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA, dipercayai telah meninggal dunia antara tiga ke empat hari lepas.
  • Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya, tanpa kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan.
  • Mangsa menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat pada 11 malam dengan mangsa berusia 42 tahun dipercayai telah meninggal dunia antara tiga ke empat hari lepas.
"Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumah di tingkat enam kuarters kem berkenaan. Lelaki itu tinggal bersendirian dan ditemukan oleh dua rakan yang mencarinya bagi tugasan operasi hari ini.
"Pintu rumah terpaksa dipecahkan kerana mangsa gagal menjawab telefon. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata adik mangsa memaklumkan abangnya menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar pada dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#anggota polis berpangkat koperal
#Kem Galing PGA
#hidap hipertensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan