awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan NS tingkat penguatkuasaan pembuangan sampah haram di laluan paip gas

Bernama
Bernama
05/04/2025
12:36 MYT
Kerajaan NS tingkat penguatkuasaan pembuangan sampah haram di laluan paip gas
Pihak tidak bertanggungjawab telah membakar sampah di Sendayan dalam jarak kira-kira 50 meter dan berdekatan dengan paip gas. - JBPM
SEREMBAN: Kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas lokasi pembuangan sampah haram terutamanya di kawasan berhampiran laluan saluran paip gas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar berkata ini susulan kebakaran di lokasi pembuangan sampah haram di Bukit Sendayan di sini dua hari lepas yang merupakan kawasan berisiko tinggi.
"Pihak tidak bertanggungjawab telah membakar sampah di Sendayan dalam jarak kira-kira 50 meter dan berdekatan dengan paip gas, itu adalah sangat berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arul Kumar berkata SWCorp Negeri Sembilan telah diminta membersihkan kawasan berkenaan dengan segera dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pembuangan dan pembakaran sampah haram ini diminta melaporkan kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata kerjasama semua pihak dalam perkara ini sangat penting terutamanya kepada syarikat gas atau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan tindakan segera diambil.
"Laluan paip gas ini memang sudah ada berpuluh tahun lepas dan di negeri ini, ia banyak membabitkan taman perumahan dan industri di kawasan pentadbiran Seremban dan Port Dickson," katanya.
Arul Kumar berkata setiap PBT diminta membuat rondaan lebih kerap di kawasan perumahan dan industri terlibat bagi membolehkan lokasi saluran gas yang diceroboh dapat dikesan lebih cepat untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata pihaknya juga sudah meminta syarikat gas untuk memasang pagar di kawasan laluan paip gas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Sembilan
#pembuangan sampah haram
#kebakaran
#laluan paip gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan