NATIONAL
Pelajar lulus Sijil Darjah Khas Agama Johor meningkat 14.48 peratus

Mohd Fared berkata SDKA tahun lepas, peratusan kelulusan yang dicatat adalah 83.47 peratus daripada 21,100 calon manakala bagi 2023 pula, sebanyak 68.99 peratus daripada 27.764 calon. - Gambar fail
KLUANG: Jumlah calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor 2024 yang lulus menunjukkan peningkatan 14.48 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ringkasan AI
- Jumlah calon yang lulus Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2024 meningkat 14.48% berbanding tahun sebelumnya, dengan peratusan kelulusan 83.47% daripada 21,100 calon pada 2023.
- Mata pelajaran teras al-Quran dan Hafazan mencatat kelulusan tertinggi 99.93%, diikuti Tafsir al-Quran dan Hadis 97.07%, dan Tajwid 81.42%.
- Daerah Kota Tinggi dianugerahkan daerah terbaik, dan kerajaan negeri menerima peruntukan RM35 juta untuk naik taraf sekolah agama.
"Sebanyak 8,479 pelajar mendapat Pangkat 1 dan 4,761 pelajar mendapat Pangkat 2. Daerah Kota Tinggi dianugerahkan daerah terbaik dengan 17 sekolah mencatat kelulusan 100 peratus.
"Sekolah terbaik pula Sekolah Agama (SA) Penjara Simpang Renggam, Kluang apabila 28 pelajarnya mendapat keputusan Pangkat 1," katanya kepada pemberita selepas Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDKA 2024, di Penjara Simpang Renggam, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Nasri Md Ali dan Wakil Rasmi Pengarah Penjara Simpang Renggam, Penolong Komisioner Penjara Nor Hazran Che Abdullah.
Sementara itu, pelajar terbaik SDKA 2024 Muhammad Farid Aiman Sarmin, 14, dari Sekolah Agama (SA) Bandar Benut (Annur), Pontian dengan pencapaian 12A1 (Pangkat 1) berkata tumpuan di dalam kelas adalah antara rahsia kejayaannya.
"Saya juga sering mengingati kata-kata guru iaitu 'jika selalu bantu orang, Allah akan bantu kita' dan sebab itulah saya sering membantu serta berkongsi ilmu dengan rakan-rakan...mungkin sebab itulah Allah bantu saya dapat keputusan cemerlang, selain sering solat tahajud dan berdoa," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohd Fared berkata kerajaan negeri menerima peruntukan RM20 juta dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta RM15 juta daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi tujuan naik taraf dan baik pulih sekolah agama di negeri itu.
"Kita tumpu baik pulih keperluan asas terlebih dahulu seperti tandas, bumbung dan kerosakan lain. Soal keceriaan itu perkara biasa...apabila keperluan dan infrastruktur di sekolah berada dalam keadaan baik dan selesa barulah akan menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami