awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Ibu tunggal cekal bawa tiga anak istimewa keluar mengundi

Bernama
Bernama
26/04/2025
08:02 MYT
PRK Ayer Kuning: Ibu tunggal cekal bawa tiga anak istimewa keluar mengundi
Suzana (dua, kiri) membawa tiga anak istimewanya Muhammad Khir Khairul Nizam, Nur Fatimah Khairul Nizam (kanan) dan Nurul Ashikin Khairul Nizam (kiri) menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. - Foto Bernama
TAPAH: Seorang ibu tunggal tetap membawa tiga anak istimewanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini, walaupun berdepan cabaran menguruskan mereka di pusat pengundian.

Ringkasan AI
  • Seorang ibu tunggal membawa tiga anaknya yang menghidap autisme untuk mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning, walaupun menghadapi cabaran menguruskan mereka seorang diri.
  • Suzana Ilias menekankan bahawa anak-anaknya, walaupun dalam golongan OKU, tetap mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin.
  • Suzana menguruskan anak-anaknya dengan penuh dedikasi selepas kehilangan suami, memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Suzana Ilias, 53, berkata ini adalah kali kedua anaknya Muhammad Khir Khairul Nizam, 29, Nur Fatimah, 28 dan Nur Ashikin, 25, masing-masing menghidap austisme, keluar mengundi selepas melakukannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).
"Kali ini agak mencabar kerana saya seorang diri perlu menguruskan ketiga-tiga mereka. Dulu arwah ayah mereka ada membantu, tetapi selepas meninggal dunia tahun lepas, saya uruskan semuanya seorang diri.
"Walaupun dua daripada mereka boleh menguruskan diri sendiri, seorang lagi (Nur Fatimah) masih perlu dipantau rapi. Dia agak takut dengan suasana orang ramai, sebab itu saya selalu peluk dia," katanya ketika ditemui Bernama di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor, di sini.
Suzana berkata walaupun anak-anaknya dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mereka tetap mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin.
"Saya ada ajar sikit tentang proses mengundi, selebihnya terpulang kepada mereka untuk buat pilihan sendiri," katanya yang tidak bekerja dan menetap di Rumah Awam Tiga, Bidor di sini.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#ibu tunggal
#anak istimewa
#keluar mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan