awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan babit kereta, motosikal

Bernama
Bernama
20/04/2025
13:00 MYT
Seorang maut, dua parah dalam kemalangan babit kereta, motosikal
Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah selepas merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Kampung Raja Uda, Klang, pagi tadi.
SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah selepas merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Kampung Raja Uda, Klang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Ramli Kasa berkata kesemua mangsa terdiri lelaki warga tempatan dan penunggang yang maut berusia 22 tahun serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata mangsa yang parah masing-masing berusia 22 dan 16 tahun itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaaan.
"Kejadian pada kira-kira 4.10 pagi tadi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang bergerak dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Jalan Kim Chuan ketika menghampiri persimpangan Kampung Raja Uda membelok ke kanan kerana lampu isyarat dalam keadaan hijau.
"Kereta itu semasa berada di persimpangan telah dilanggar oleh sekumpulan penunggang motosikal yang datang dari arah Klang menghala ke Pelabuhan Klang dan tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Khairulnizam Abdul Talib di talian 010-2452144 dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular di laman sosial video yang memaparkan suasana kecoh di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda dengan sekumpulan penunggang motosikal mengerumuni lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#Kampung Raja Uda
#Polis Daerah Klang Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan