'5 Broken Cameras' adalah filem Palestin pertama untuk menerima pencalonan Anugerah Akademi bagi kategori Filem Dokumentari terbaik.

Ia adalah pencapaian yang boleh dibanggakan namun filem ini mengisahkan tentang kesusah-payaan kehidupan warga Palestin yang hidup dibawah rejim zionis.

Filem ini memberi fokus kepada kehidupan Emad Burnat dan gerakan penentangan tanpa kekerasan di kampung beliau Bil’in, kerana tanah yang dirampas oleh tentera Israel.

Hos Cynthia Ng menemubual Emad tentang halangan yang dialamai beliau ketika membuat filem ini dan mesej yang ingin disampaikan.

Saksikan Vantage Point pada hari Khamis (30 Mei) jam 8.30 malam.