Selepas konflik lebih daripada empat dekad di selatan Mindanao, keamanan akhirnya boleh dicapai. Pada 15 Oktober 2012, kerajaan Filipina menandatangani perjanjian rangka kerja dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk pengwujudan Bangsamoro, sebuah entiti politik autonomi baru.

Ini menimbulkan harapan untuk menamatkan konflik yang sudah sekian lama berlangsung tetapi konflik boleh berulang jika rangka kerja tidak membawa perubahan dengan segera.

Cynthia Ng menemubual Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) & Datuk Tengku Abdul Ghafar Tengku Mohamed, yang menjadi wakil perunding Malaysia dalam process pendamaian Mindanao.

Saksikan Vantage Point pada hari Khamis (4 Julai) pada jam 8.30 malam.