awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lebih 10,000 pesalah jalani hukuman khidmat masyarakat setakat tahun lepas
MALAYSIA
KPT sedia bantu pelajar Malaysia di Iran untuk ditempatkan di IPT tempatan
MALAYSIA
Polis siasat kejadian buli dalam tandas sekolah menengah di Klang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web

Amanz
Amanz
18/12/2024
04:10 MYT
Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web
Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling dengan pandangan 360 darjah dalam tingkap kecil. -Amanz
CIRI Look Around adalah seakan Street View di Apple Maps.

Ringkasan AI
  • Ciri Look Around yang seakan Street View kini boleh diakses melalui Apple Maps versi web.
  • Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling dengan pandangan 360 darjah dalam tingkap kecil.
  • Pada masa ini, Look Around hanya tersedia di beberapa lokasi seperti Amerika Syarikat, UK, EU, dan Singapura. Rakaman untuk Malaysia telah dilakukan tetapi belum diaktifkan.

Ciri ini hanya boleh diakses menerusi aplikasi sejak iOS 13 pada tahun 2019. Namun kini, Look Around akhirnya boleh diakses oleh pengguna Apple Maps versi web.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple Maps versi web masih lagi di peringkat Beta dan baru sahaja dilancarkan pada Jun lalu.
Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling lokasi dengan pandangan 360 darjah dalam sebuah tingkap kecil.
Lokasi yang menyokong Look Around akan mempunyai ikon teropong pada bucu peta.
Pada ketika ini, sokongan Look Around hanya diberikan di beberapa lokasi tertentu sahaja seperti Amerika Syarikat, UK, EU, Singapura, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Hong Kong, New Zealand, Portugal, dan Sepanyol.
Rakaman untuk Malaysia telahpun dilakukan pada November tahun lalu tetapi sehingga kini ia belum diaktifkan.
Bagi mereka yang ingin mencuba ciri Look Around versi web, anda boleh melawat laman Apple Maps Beta. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#Look Around
#Street View
#Apple Maps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami