awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC
MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Polis siasat kejadian buli dalam tandas sekolah menengah di Klang

Bernama
Bernama
21/06/2025
12:15 MYT
Polis siasat kejadian buli dalam tandas sekolah menengah di Klang
Polis sedang menyiasat satu kejadian buli melibatkan pelajar perempuan di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Klang, kata Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao. - Foto hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat satu kejadian buli melibatkan pelajar perempuan di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Klang, kata Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao.
Beliau berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 12.53 tengah hari tadi, susulan tular satu rakaman video yang memaparkan kejadian tersebut di laman sosial.
"Polis memandang serius sebarang bentuk perlakuan buli, khususnya yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
"Punca pergaduhan masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Vijaya turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
"Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Inspektor Mohamad Izroy Kamarulzaman di talian 014-8183519 bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 323 kanun keseksaan," katanya.
Rakaman video berdurasi lebih dua minit itu, memaparkan seorang pelajar perempuan dikelilingi sekumpulan pelajar perempuan lain dalam tandas dan ditanyakan beberapa soalan sebelum dipukul pada bahagian badan dan ditampar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis siasat
#kejadian buli
#tandas sekolah
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami