awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC
MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lebih 10,000 pesalah jalani hukuman khidmat masyarakat setakat tahun lepas

Bernama
Bernama
21/06/2025
13:00 MYT
Lebih 10,000 pesalah jalani hukuman khidmat masyarakat setakat tahun lepas
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada jumlah itu, 8,125 merupakan pesalah muda diikuti 2,163 pesalah kanak-kanak dan 234 pesalah dewasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Lebih 10,000 pesalah di seluruh negara telah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sejak hukuman itu diperkenalkan pada 2008 hingga tahun lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada jumlah itu, 8,125 merupakan pesalah muda diikuti 2,163 pesalah kanak-kanak dan 234 pesalah dewasa.
Beliau berkata kes-kes berkenaan melibatkan pelbagai kesalahan dengan tempoh maksimum khidmat masyarakat yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah selama 240 jam.
"Kita semua pernah buat silap. Bezanya bukan semua orang diberi peluang kedua tetapi melalui PKM, kita beri ruang kepada pelatih memperbaiki diri.
"PKM bukan sekadar hukuman alternatif, ia adalah ruang pemulihan yang membina semula keyakinan, membentuk jati diri dan memberi peluang kedua untuk kembali sebagai anggota masyarakat yang lebih baik," katanya semasa berucap pada Program Ilmu dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat di sini hari ini.
Nancy berkata kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) menunjukkan keberkesanan PKM dalam memberi kesan positif terhadap sikap, emosi dan integrasi sosial para pelatih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesalah
#jalani hukuman
#khidmat masyarakat
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami