Hoki menjadi tumpuan media arus perdana minggu ini, apabila pengendali kebangsaan Paul Revington mengumumkan perletakkan jawatannya sebelum menarik balik keputusannya.
Pujian buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pimpinan Khairy Jamaluddin dan pucuk pimpinan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengambil pendekatan segera bagi menyelesaikan isu ini.
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) turut mengambil tindakan pantas untuk meleraikan isu ini, apabila presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengadakan pertemuan dengan Revington dan pemain-pemain kebangsaan.
Tindakan Revington meletak jawatan berpunca dari perselisihan faham dengan pengendali skuad Projek 2013 remaja kebangsaan, Muhd Dharmaraj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan.
Dharma kemudian turut menyuarakan hasratnya, untuk meleraikan segera isu ini.
"Bagi saya, kedua-dua pengendali ini bersama Chiow Chuan memainkan peranan penting buat hoki negara," kata Dharma.
Revington tampak berjaya memberi nafas baru kepada skuad senior, manakala Dharma dan Chiow Chuan terbabit membentuk barisan remaja yang berkualiti dan bersedia diserapkan ke barisan senior.
Namun, sedikit mengecewakan apabila terdapat pegawai MHC yang cepat mahu menjatuhkan kepada Dharma dan Chiow Chuan sebelum Khairy dan MSN meleraikan masalah ini.
"Saya berharap Revington kini akan kembali fokus dengan tugasnya, menjelang saingan Liga Dunia di Johor Bahru hujung minggu ini," tambah beliau.
Minggu lalu juga, berlansung perjumpaan antara Khairy dan juga pucuk pimpinan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), yang diketuai presidennya Ahmad Khawari Isa.
"Selaku exco SAM, saya juga hadir pada pertemuan tersebut di pejabat KBS, Putrajaya.
Pujian buat Khawari yang juga Ketua Staff Jabatan Berita saluran 801, Astro Arena, untuk mengadakan pertemuan ini," tambah Dharma.
Dalam pertemuan ini Khairy menjelaskan apakah harapannya terhadap SAM dan ahli exco SAM turut melontarkan beberapa soalan buat beliau.
Selaku Menteri Belia dan Sukan, Khairy menyedari laporan meja sukan media arus perdana, lebih bebas melakukan kritikan dan beliau bersedia menerima kritikan.
Namun, Ahli Parlimen Rembau ini berharap, kritikan terhadap beliau atau mana-mana pegawai sukan adalah berasas dan bukan kritikan berunsur peribadi.
"Ketika pertemuan dengan Khairy, saya menyuarakan kerisauan terhadap atlet-atlet kebangsaan yang kadang-kala terpaksa bersara awal dari lapangan sukan, kerana mahu fokus kepada bidang akademik.
Contoh terbaik ialah penerjun negara, Bryan Nickson Lomas, yang mengambil keputusan untuk berehat seketika bagi memberi tumpuan kepada pelajarannya yang tertangguh selama dua tahun," kata Dharma.
Khairy mengakui, perkara ini perlu diberi perhatian bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan.
"Saya berharap KBS akan duduk semeja dengan Kementerian Pelajaran, bagi mencari kaedah terbaik membolehkan atlet-atlet kebangsaan kita menamatkan pengajian di menara gading, tanpa perlu menggadai karier sebagai seorang atlet.
Mungkin, kaedah yang digunapakai di negara seperti Amerika Syarikat boleh dicontohi di sini," beliau menambah.
Di Amerika, mereka mempunyai sistem pendidikan khas buat atlet, yang membolehkan pemain-pemain NBA dan juga NFL turut memiliki segulung ijazah apabila bergelar atlet profesional.
"Jika kaedah sama dapat dipelopori di Malaysia, kemungkinan ia juga akan memberi keyakinan tambahan, buat ibu bapa untuk memberi galakan kepada anak-anak mereka menceburi bidang sukan secara serius," kata Dharma.
Fadzrie Hazis
Sun Jun 23 2013


Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Mei 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sealsa, 24 Mei 2022.

Malaysia sokong cadangan untuk kewangan lestari - Khairy
Malaysia menyokong cadangan untuk mewujudkan kewangan lestari yang akan menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menepati peranannya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di Facebook
Polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di sini dipercayai berlaku petang tadi yang tular di laman Facebook hari ini.

Petronas tak 'sembang kencang' tentang komitmen dalam nyah-karbon & diversifikasi
Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, syarikat itu akan terus fokus memastikan kelangsungan operasi & menggunakan pulangannya untuk membangun industri mendepani cabaran mendatang.

Usahawan tani & ternak di lapangan perlu diperkayakan, elak intervensi agensi - Dr. Noor Azlan Ghazali
Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berpendapat penternak dan petani sedia ada yang sudah berpengalaman harus disuntik dengan bantuan untuk membesarkan skala perusahaan mereka.

Pelaburan dalam memodenkan sektor pertanian harus diperbanyakkan - Dr. Noor Azlan Ghazali
Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali melihat usaha menyantuni Revolusi Perindustrian 4 perlu mengangkat sama tumpuan meningkatnkan aplikasi teknologi terkini terhadap sektor pertanian.

Perlu ada kesungguhan untuk modenkan sektor pertanian & penternakan - Dr. Noor Azlan Ghazali
Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali melihat kerenah birokrasi menjadi kekangan untuk sektor penternakan & pertanian menerapkan teknologi terkini bagi meningkatkan produktivitinya.

AWANI Ringkas: Pencalonan 20 MPP, AMK, Wanita dipinda 29 Mei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Pantau: KPDNHEP rampas barangan lebih RM13.32 juta
Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu adalah bagi pencapaian tahun 2022, berdasarkan statistik sehingga Mac dan sebanyak 6,706 aduan telah diterima dengan 89.61 peratus aduan berjaya diselesaikan.

KBS-MSN bantu lerai isu perletakan jawatan Revington
Pengendali kebangsaan Paul Revington mengumumkan perletakkan jawatannya sebelum menarik balik keputusannya.