awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan jumlah perdagangan gambaran sektor agromakanan negara berdaya saing

Bernama
Bernama
24/10/2025
15:30 MYT
Peningkatan jumlah perdagangan gambaran sektor agromakanan negara berdaya saing
Isham berkata daripada aspek imbangan perdagangan agromakanan, negara merekodkan peningkatan defisit kepada RM39.34 bilion pada 2024 berbanding RM32.32 bilion yang dicatatkan pada 2023. - Gambar Facebook FAMA
GOPENG: Jumlah perdagangan agromakanan negara terus mencatatkan prestasi cemerlang apabila meningkat kepada RM148.11 bilion pada 2024 berbanding RM125.07 bilion pada 2023, lonjakan sebanyak 18.4 peratus.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak berkata peningkatan itu menggambarkan perkembangan positif sektor agromakanan negara yang semakin berdaya saing, sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.
"Prestasi memberangsangkan ini memperlihatkan kemampuan Malaysia memperkukuh kedudukan dalam rantaian nilai agromakanan di peringkat serantau serta antarabangsa.
"Ia turut didorong oleh pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik kerajaan bagi memperkukuh pengeluaran pertanian bernilai tinggi serta meningkatkan kecekapan pengurusan rantaian bekalan makanan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke-60 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.
Isham bagaimanapun berkata daripada aspek imbangan perdagangan agromakanan, negara merekodkan peningkatan defisit kepada RM39.34 bilion pada 2024 berbanding RM32.32 bilion yang dicatatkan pada 2023.
Beliau berkata keadaan itu menunjukkan kebergantungan negara terhadap import masih tinggi, justeru usaha mengurangkan defisit perlu dipergiat bagi mengurangkan pengaliran keluar wang negara.
"Situasi ini menimbulkan cabaran yang memerlukan pelaksanaan strategi menyeluruh bagi meningkatkan eksport produk pertanian dan agromakanan negara, terutama yang bernilai tinggi," katanya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya berharap FAMA tidak hanya terus berperanan menjadi peneraju utama bagi mengukuhkan ekosistem pemasaran agromakanan negara, malah kekal proaktif dalam memperluas jaringan usahawan serta mengoptimumkan penggunaan teknologi digital.
"Semoga semangat ulang tahun ke-60 ini menjadi pencetus tenaga baharu untuk bersama membina masa depan agromakanan yang lebih makmur, inklusif dan lestari, sekali gus mengangkat sektor ini sebagai industri strategik yang menjamin kedaulatan makanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#bekalan makanan negara
#rantaian bekalan
#nilai agromakanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan