HANYA ada seorang individu di dunia ini yang membuat semua perkara-perkara di bawah ini :
Tegur untuk kebaikan; marah supaya kelemahan diperbaiki; minta dibantu agar dipandu jadi pandai; menyamakan rajuk dengan manja dan menangis petanda lemah.
Beri penawar semangat
Individu itu juga beri hukuman dengan nasihat tidak kira beberapa kali kesalahan dilakukan; mengadu dan munajat kepada Tuhan di malam sepi setiap kali orang lain diundang kecewa; beri penawar dan semangat saat orang lain dilanda kesakitan. Lebih dari itu, individu tersebut mahu kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan setiap kali kejayaan mendatang.
Orang yang memberi itu semua adalah tidak lain tidak bukan ibu kita sendiri.
Ibu ratu di hati
Ada memanggilnya ibu, mama, emak, bonda, Ummi dan sebagainya. Walaupun nama panggilan itu berbeza, mereka tetap individu sama _ ratu di hati kita. Sebagai ratu, kita perlu memberikan layanan yang terbaik kepadanya setiap masa, bersesuaian dengan kedudukannya setinggi darjat “ratu”.
Rahim seorang ibu menampung sekurang-kurangnya satu nyawa, mungkin lebih, paling banyak barangkali 16 amanah Allah. Begitu berat beban yang harus dipikul insan ini, tetapi kebanyakannya berjaya mengatasi halangan dengan tabah tanpa bersungut sedikit pun soal kepayahan, jauh sekali mengeluh kepayahan.
Jasa besar ibu
Seorang ibu tidak kisah tentang empat potong kek yang harus disuap kepada lima nyawa, dengan alasan mereka tidak memerlukannya. Ada juga yang menyatakan begini untuk menyifatkan sifat ibu mendahulukan anak-anak mereka dalam segala macam hal. “Ibu itu, kalau boleh makanan di dalam mulutya mahu diberikan kepada anak jika anak meminta.”
Pengorbanan dan jasa ibu kepada kita sewaktu kecil cukup besar, maka sepatutnya molek sekali kita perlu menghargainya.
Hari Ibu disambut 11 Mei pada setiap tahun atau setiap Ahad minggu kedua pada bulan Mei. Di Amerika Syarikat (AS), tempat di mana idea Hari Ibu tercetus, ia diraikan pada 11 Mei bermula 1908.
Dalam kalendar Mei, Hari Ibu ialah hari yang kedua kita menyambut beberapa hari penghargaan. Sebelum ini, kita menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, manakala Hari Belia 15 Mei dan menyusul Hari Guru pada 16 Mei ini.
Sambutan raikan ibu
Seperti Hari Kekasih dan Hari Setiausaha misalnya, Hari Ibu juga disambut meriah. Pelbagai persediaan dibuat oleh anak-anak, ada yang berkira-kira menghantar bunga, mengajak sekeluarga makan malam bersama ibu dan tidak kurang juga menempah hadiah mahal untuk si bonda. Ada rakan saya, mengajak mengumpul wang bersama adik beradik membeli minyak wangi mahal hanya kerana ibunya mengidamkan Coco Channel sejak sekian lama.
Sebelum tahun 2000, boleh dikatakan generasi hari ini kurang mengingati Hari Ibu, barangkali kerana ia jatuh bersama hari cuti umum lain. Tetapi hari ini ia berlainan dengan adanya media sosial dan platform lain yang membolehkan ia diraikan secara besar-besaran. Malahan, sifat sambutannya yang mega itu kadang kala sukar ditentukan sama ada ia eksploitasi atau jujur datang dari hati.
Sejarah Hari Ibu
Menurut sejarah, Hari Ibu berasal usul ekoran daripada rasa bersalah wanita bernama Anna Jarvis pada 1907. Ibu Anna meninggal sebelum dia sempat meminta maaf akibat satu pertengkaran. Anna memasang niat untuk melakukan sesuatu bagi mengenang jasa ibunya itu dengan mula menghadiahkan 500 jambak bunga teluki putih untuk diagihkan kepada setiap ibu yang datang ke gereja St. Andrew's Methodist Episcopal di Grafton, West Virginia.
Itu cerita di AS. Kita di sini, tahun ini menyambutnya pada 11 Mei. Kalau ada yang skeptikal dengan cara kita menyambut Hari Ibu itu seolah-olah meniru cara AS atau negara Barat lain, anggap sahaja ia sama seperti hari lain - Hari Guru dan Hari Pekerja. Walaupun pengorbanan ibu perlu dihargai sepanjang masa dan setiap tahun, jika ada hari khas diwujudkan ia adalah lebih baik.
Pada hari itu, jika tiada hadiah mahal, pemberian seadanya cukup memadai untuk mengenang jasa mereka. Kalau tiada juga, ingatan dan ucapan sayang pasti dihargai mereka.
Lalu, kepada mereka yang tidak berkesempatan membelikan hadiah atau menawarkan jambangan bunga ros, masih mempunyai masa yang panjang untuk mengucapkannya juga tanpa ketinggalan.
Sikap aneh
Tidak keterlaluan jika dikatakan, kadang kala kita bersikap aneh kerana lebih senang mengucapkan penghargaan dan sayang kepada orang yang kurang dikenali hati budinya berbanding individu yang menanggung sakit berjam-jam lamanya untuk melahirkan kita.
Kenangan bersama ibu
Setiap anak, tanpa terkecuali saya, mempunyai kenangan yang intim dengan ibu. Kepada saya, ibu bukan sahaja membuat perkara-perkara yang saya sebut di atas, tetapi memberi rasa sentimental sepanjang perjalanan meniti hidup. Kenangan paling akrab, kalau saya boleh kongsi bau bunga melur dalam sanggulnya yang semerbak, melekat sehingga ke kain telekung sembahyang seolah-olah meminta saya menangkap pesannya supaya tidak tersasar sebaliknya menjaga tiang agama lima kali sehari untuk hidup tenang. Kenangan itu bukan bermakna, ibu saya sudah meninggal dunia, walaupun semangatnya sedikit hilang kerana tiada lagi pemandu penyuluh tempat bergantung. Pun begitu, sangat kuat seorang ibu dan isteri tidak pernah saya lihat air mata duka mengalir di pipinya.
Ibu saya masih ada, saya mempunyai masa untuk menghargainya. Selamat Hari Ibu. Semuanya untukmu, ibuku, Natipah Mat Yusuf.
Dr Azlinariah Abdullah
Sun May 11 2014
Kenapa sukar ucap sayangi ibu
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Sukan SEA: Syafiq dedikasikan pingat emas kepada ibu
Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mendedikasikan pingat emas dimenangi pada Sukan SEA 2023, kepada ibunya sempena Hari Ibu.
Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM Anwar
Anwar mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.
Sukan SEA Hanoi: Yan Yee dedikasikan pingat emas kepada ibunya
Yan Yee berkata ibunya adalah antara individu terpenting dan menjadi tulang belakang kepada perjalanan kariernya, sebagai seorang atlet.
Wanita didakwa bunuh anak sendiri pada Hari Ibu
Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$6 juta (RM26.3 juta) ke atas tertuduh.
'Syurga Ita dah tak dak, mak!' - Anita Baharom umum berita duka pemergian ibu tercinta
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, arwah ibunya meninggal dunia pada usia 74 tahun namun tidak mendedahkan punca kematian.
Hari Ibu: Beri perhatian dan kasih sayang pada ibu - PM
Bersempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan anak-anak agar memberi kasih sayang sepenuhnya kepada ibu semasa mereka masih ada.
Buat pertama kali, Aishwarya Rai kongsi foto anak sempena Hari Ibu
Aishwarya Rai berkongsi beberapa keping foto yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang memaparkan Aaradhya Bachchan sempena Hari Ibu.
Hari Ibu, Aidilfitri: Kerinduan berganda si ibu di kampung
Menghabiskan masa bersama anak tercinta apatah lagi apabila sedang meniti usia senja menjadi impian setiap insan bergelar ibu.
Hari Ibu: Penghargaan istimewa buat petugas barisan hadapan wanita - Zuraida
Penularan wabak berkenaan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan turut memerlukan kaum ibu berhadapan perubahan dalam rutin hidup.
"Jangan menuduh orang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ..." - Ini penjelasan PU Azman
Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai terutamanya yang beragama Islam dalam menyambut sambutan Hari Ibu.