HANOI: Atlet terjun wanita negara Ng Yan Yee mendedikasikan pingat emas dimenanginya pada Sukan SEA ke-31 kepada ibunya yang tercinta, bersempena Hari Ibu yang disambut pada Ahad lepas.
Yan Yee berkata ibunya adalah antara individu terpenting dan menjadi tulang belakang kepada perjalanan kariernya, sebagai seorang atlet.
Atlet berusia 29 tahun itu berkata pencapaian dilakarnya juga dikhaskan kepada semua ibu di dunia, yang banyak berkorban demi melihat anaknya mencapai kejayaan.
"Istimewanya pingat emas ini pertama sebab ia acara individu dan satu lagi sebab Hari Ibu, ia untuk ibu saya yang sentiasa menyokong saya walaupun dalam keadaan saya bersedih dan nak berputus asa. Semua orang tahu macam mana terjunan saya di (Olimpik) Tokyo, dan saya bersyukur kerana secara sedikit-sedikit ia kembali semula, walaupun saya sudah berusia.
"Ini juga (emas) untuk semua ibu-ibu, semua tahu bagaimana sukarnya menjadi seorang ibu, jadi saya berterima kasih yang kami di sini dan kami dapat meraih pingat emas, dan semua orang kekal selamat," katanya ketika ditemui selepas saingan final 3 meter (m) papan anjal wanita di Pusat Akuatik My Dinh di sini, pada Selasa.
Pada saingan itu, Yan Yee menepati ramalan menewaskan tujuh pencabar lain untuk membawa pulang emas, sementara rakan senegara Ong Ker Ying meraih perak dan gangsa milik wakil Singapura Fong Kay Yian.
Ia adalah emas kedua peribadinya di temasya sukan dwitahunan itu, selepas menjuarai acara 3m papan anjal seirama bersama gandingan Ker Ying, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Yan Yee berkata beliau belum memikirkan perancangan pascatemasya Sukan SEA ke-31, namun telah memikirkan mengenai persiapan menghadapai Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary bulan depan dan Sukan Komanwel Birmingham 2022, yang dijadual bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
"Saya akan teruskan latihan dan belajar macam biasa dan kita lihat bagaimana, sebab pandemik semuanya berubah dan Sukan Asia 2022 juga ditangguhkan, jadi selepas ini kita hanya berlatih untuk Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia," kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan pemakanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Yan Yee berkata ibunya adalah antara individu terpenting dan menjadi tulang belakang kepada perjalanan kariernya, sebagai seorang atlet. - Foto BERNAMA
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dhabitah, Yan Yee terlepas podium di Budapest
Pasangan negara itu turun membawa harapan untuk meraih keputusan lebih positif selepas meraih tempat keempat dalam siri dunia yang lalu.
'Saya mampu buat lebih baik' - Ng Yan Yee
Ng Yan Yee yang memenangi pingat emas dalam final papan anjal wanita 3m pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2016 hari ini, berkata beliau masih boleh meningkatkan lagi prestasinya.