Carian mengenai topik 1mdb

Dapatkan berita terkini mengenai 1mdb dan cari tajuk utama berita terkini mengenai 1mdb dari Astro Awani

Carian mengenai topik 1mdb | Astro Awani
A.S berusaha dapatkan semula AS$ 300 juta aset 1MDB di Britain

A.S berusaha dapatkan semula AS$ 300 juta aset 1MDB di Britain

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ sedang berusaha mendapatkan semula aset tambahan 300 juta dolar yang didakwa dikaitkan dengan skandal One Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut DOJ aset itu berjaya dikesan di akaun Escrow di United Kingdom.

Tidak ada yang mahu ganti jadi CEO 1MDB - Saksi

Tidak ada yang mahu ganti jadi CEO 1MDB - Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terdedah kepada risiko dan wujud unsur-unsur politik. Namun demikian, bekas CEO 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kenyataannya berhubung unsur politik yang dimaksudkan itu. Saksi pendakwaan kesepuluh itu berkata, atas faktor itu pegawai-pegawai dalam syarikat tersebut tidak mahu menggantikan beliau sebagai CEO.

Goldman Sachs dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan 1MDB

Goldman Sachs dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Goldman Sachs International Limited dan dua entitinya di Asia daripada pertuduhan berkaitan kes terbitan bon 1Malaysia Development Berhad 1MDB bernilai RM27.2 bilion.

1MDB bayar AS$681 juta kepada syarikat 'Aabar' lain

1MDB bayar AS$681 juta kepada syarikat 'Aabar' lain

Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah dimaklumkan mengenai pembayaran 681 juta dolar Amerika kepada Aabar Investment PJS Limited yang diperbadankan di Seychelles (Aabar Seychelles) pada 2014. Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pengarah juga tidak memberi sebarang persetujuan bagi pembayaran yang dikeluarkan 1MDB Energy Holdings Limited kepada Aabar Seychelles.

Bicara kes 1MDB Najib ditangguh sehingga 1 September

Bicara kes 1MDB Najib ditangguh sehingga 1 September

Perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan lebih awal hari ini memandangkan bekas Perdana Menteri itu perlu mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen. Peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib perlu hadir bagi perbahasan mengenai 88 rang undang-undang.

Pinda laporan 1MDB: Bekas Perdana Menteri gagal batal tuduhan

Pinda laporan 1MDB: Bekas Perdana Menteri gagal batal tuduhan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak membatalkan pertuduhan membuat pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. Bekas Perdana Menteri itu menghadapi pertuduhan terbabit bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Kerajaan komited dapatkan semula aset 1MDB

Kerajaan komited dapatkan semula aset 1MDB

Kerajaan tetap komited untuk mendapatkan semula semua aset yang dimiliki 1MDB. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam usaha untuk menzahirkan objektif tersebut, kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi.

Dana AS$340 juta Petrosaudi berkaitan 1MDB dibekukan

Dana AS$340 juta Petrosaudi berkaitan 1MDB dibekukan

Malaysia mengeluarkan arahan interim bagi membekukan dana 1.45 bilion ringgit yang dikaitkan dengan dana 1Malayisa Development Berhad, 1MDB. Perkara itu bertujuan menghalang dana berkenaan dipindahkan daripada akaun Petrosaudi International di United Kingdom.

AS berusaha dapatkan semula aset AS$ 96 juta berkaitan 1MDB

AS berusaha dapatkan semula aset AS$ 96 juta berkaitan 1MDB

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang mendapatkan semula aset rampasan bernilai 96 juta dolar yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram One Malaysia Development Berhad (1MDB). DOJ dalam satu kenyataan pada Rabu, memaklumkan Amerika Syarikat sedang berusaha menuntut kembali aset berkaitan.

Perbicaraan 1MDB Najib bersambung 15 Julai

Perbicaraan 1MDB Najib bersambung 15 Julai

Perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersambung 15 Julai.

Jho Low pengarah bayangan 1MDB, bukan Najib

Jho Low pengarah bayangan 1MDB, bukan Najib

Keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low adalah pengarah bayangan syarikat itu dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Laporan Audit 1MDB: Mahkamah benar pendakwaan pinda pertuduhan

Laporan Audit 1MDB: Mahkamah benar pendakwaan pinda pertuduhan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan bagi meminda tuduhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Permohonan pindaan pendakwaan itu berkait pindaan Laporan Pengauditan Laporan 1MDB.

Bicara audit 1MDB ditangguh Selasa

Bicara audit 1MDB ditangguh Selasa

Prosiding perbicaraan audit One Malaysia Development Berhad melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya disambung semula hari ini, ditangguh esok. Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan salah seorang peguam Najib, Rahmat Hazlan yang memaklumkan beliau kurang sihat dan sedang menjalani ujian saringan COVID-19.

Bicara 1MDB: Saksi kesembilan sambung sesi keterangan

Bicara 1MDB: Saksi kesembilan sambung sesi keterangan

Perbicaraan 1MDB diteruskan hari ini dengan saksi ke sembilan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi meneruskan sesi keterangan di hadapan hakim Yang Arif Collin Lawrence Sequerah. Butiran lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil.

Cubaan tutup kes 1MDB

Cubaan tutup kes 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan siri rakaman audio dipercayai konspirasi peringkat tertinggi berhubung siasatan kes 1malaysia Development Berhad (1MDB). Konspirasi tersebut dipercayai melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, pegawai kanan kerajaan dan beberapa individu lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu.