awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
MALAYSIA
Model pendidikan tinggi Malaysia jadi rujukan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Hafizh cemerlang, lakar sejarah di Sepang

Roshdi Lidun
Roshdi Lidun
22/10/2012
03:01 MYT
Hafizh cemerlang, lakar sejarah di Sepang
Kejayaan pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin memberi suntikan semangat kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk turut beraksi cemerlang dalam perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia di Litar Sepang pada Ahad.
Hafizh Syahrin yang berlumba atas tiket 'wild card' menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan 15 daripada 19 pusingan selepas perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.
Hafizh Syahrin mencatat masa 37 minit 00.734 saat.
"Selepas Zulfahmi berjaya meraih tempat kedua pada perlumbaan Moto3, kejayaan beliau memberi suntikan semangat kepada saya untuk berada di hadapan. Tiada erti putus asa dan memang kegemaran saya berlumba dalam hujan.
"Saya percaya pada diri yang saya boleh buat di hadapan penonton, saya tidak berputus asa untuk pergi lebih ke depan," kata Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu kepada pemberita di Pusat Media Sepang International Circuit (SIC).
Topic Berkaitan
#AirAsia
#gp malaysia
#Hafizh Syahrin
#Moto3
#Petronas
#Sepang
#Zulfahmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami