NATIONAL
Sistem kemasukan ke MRSM, SBP diselaras mulai Januari 2026 - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata pemohon masih boleh memohon ke kedua-dua institusi pendidikan tersebut, namun selepas ini mereka hanya akan menerima satu tawaran sahaja bagi mengelakkan pertindihan. - Gambar fail
LENGGONG: Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemohon masih boleh memohon ke kedua-dua institusi pendidikan tersebut, namun selepas ini mereka hanya akan menerima satu tawaran sahaja bagi mengelakkan pertindihan.
"Pada masa ini, pemohon mungkin menerima dua tawaran, khususnya pelajar yang memohon ke MRSM dan SBP.
"Apa yang berlaku, MRSM akan mengeluarkan surat tawaran terlebih dahulu, tetapi apabila mereka menerima tawaran kedua (SBP), mereka cenderung untuk beralih ke sekolah berasrama penuh. Oleh itu, saya mencadangkan agar dilakukan penyelarasan," katanya.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami