Tue Jul 28 2020
![AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894004/42418328031615030187401_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: - COVID-19 di Sarawak catat kematian ke 87 - Program vaksinasi berjalan lancar - Wang i-Sinar bukan untuk dibazirkan - kata penganalisis ekonomi Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rakyat negeri kelahiran Tunku Azizah, Johor Darul Takzim menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Diraja itu.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Orang ramai dari pelbagai kaum di Perak mengucapkan tahniah sempena ulangtahun ke 35 perkahwinan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kagum dengan cara pemerintahan yang sangat mesra rakyat, warga Perak berharap baginda berdua dapat meneruskan pemerintahan negara dengan jayanya.

Tumpuan AWANI 7:45 - Nafi mesej tular | Gelombang haba tahap kuning
Parti Pribumi Bersatu Malaysia nafi penyebaran maklumat intipati mesyuarat parti itu yang mendakwa PRU-15 bakal diadakan antara Jun dan Julai tahun ini & Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia rekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

06 Mac 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Politik | Memahami dinamika UMNO dan Bersatu
Dinamika hubungan antara UMNO dan Bersatu boleh dilihat berdasarkan grand design atau strategi, bukan atas dasar kesepakatan. Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik, Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat, pendirian UMNO yang seakan-akan bermain tarik tali mungkin berpunca daripada fraction atau kelompok terpisah yang bergerak dalam parti itu.

Jenayah | 38 kanak-kanak Myanmar diselamatkan polis
Polis berjaya menyelamatkan 38 kanak-kanak warganegara Myanmar dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di sebuah kilang memproses pelitup muka di Selayang pada 14 Januari lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, serbuan dijalankan kira-kira 8.30 malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Panas Terik | Tujuh kawasan catat gelombang haba tahap kuning
Tujuh kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, lokasi itu ialah Chuping, Perlis; Kota Setar, Kedah; Kuala Kangsar, Perak; dan Sepang, Selangor.

SPRM | SPRM nafi tohmahan dijadikan senjata politik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kenyataan Pakatan Harapan yang mendakwa SPRM dijadikan sebagai 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya. Dalam satu kenyataan media, SPRM menegaskan mereka adalah agensi penyiasatan yang bebas.

Kes Tular Pukul | Pemandu teksi, penunggang motosikal ditahan
Polis menahan dua individu termasuk pemandu teksi berusia 71 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di persimpangan lampu isyarat di Lebuhraya Sprint Damansara, di sini yang tular di media sosial, sejak petang semalam.

Strok Haba | Elakkan terdedah kepada cuaca panas
Cuaca panas yang melanda ketika ini berikutan fasa akhir Monsun Timur Laut boleh menyebabkan berlakunya strok haba jika terdedah kepada panas terik. Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, strok haba boleh terjadi sekiranya suhu badan manusia melebihi 40.5 darjah selsius berbanding suhu normal 37 darjah.

Politik | Parti politik negara gagal urus persepsi negatif
Parti parti politik di negara ini dilihat gagal menguruskan persepsi dengan berkesan, sehingga mengakibatkan imej mereka agak negatif di kalangan rakyat. Pensyarah Kanan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, biar pun perkara perkara atau fakta sebenar hanya diketahui pimpinan parti, namun pengurusan persepsi amat penting.

Politik | Bersatu lebih stabil
Sementara itu, Dr Shamsul Amri berpendapat, situasi UMNO berbeza dengan Bersatu yang nampak lebih kukuh ketika ini, biarpun kekuatan mereka dilihat bukan dari keanggotaan dalam Parlimen.

Piala Sumbangsih | Aura tetap membara walau dalam norma baru
Liga Malaysia 2021 membuka tirai malam tadi, menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, empat kali berturut-turut. Tidak seperti tahun sebelumnya, perlawanan Piala Sumbangsih pada malam semalam seakan kurang serinya tanpa kehadiran pemain ke-12 iaitu penyokong pasukan. Namun, aura dan semangat masih dan sentiasa membara dalam jiwa mereka.

Bekalan Makanan | Harga barang di pedalaman dan pulau diseragam
Penduduk kawasan pedalaman dan di pulau bakal menikmati penyeragaman harga barangan keperluan sama dengan di bandar. Ianya selepas kerajaan bersetuju untuk menanggung kos penghantaran barangan keperluan ke kawasan pedalaman dan juga pulau.
![AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894004/42418328031615030187401_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: - COVID-19 di Sarawak catat kematian ke 87 - Program vaksinasi berjalan lancar - Wang i-Sinar bukan untuk dibazirkan - kata penganalisis ekonomi Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Tumpuan AWANI 7:45 - Nafi mesej tular | Gelombang haba tahap kuning
Parti Pribumi Bersatu Malaysia nafi penyebaran maklumat intipati mesyuarat parti itu yang mendakwa PRU-15 bakal diadakan antara Jun dan Julai tahun ini & Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia rekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

06 Mac 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Kes Tular Pukul | Pemandu teksi, penunggang motosikal ditahan
Polis menahan dua individu termasuk pemandu teksi berusia 71 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di persimpangan lampu isyarat di Lebuhraya Sprint Damansara, di sini yang tular di media sosial, sejak petang semalam.

AWANI Ringkas: Azmin dilantik TPM maklumat palsu | SPRM nafi jadi senjata politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

AWANI Ringkas: Tiada PRU antara Jun-Julai - Bersatu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Memahami pengurusan situasi politik BN
Keretakan hubungan UMNO dan Bersatu tidak lagi boleh diselindung selepas parti itu memutuskan hubungan tidak akan adakan kerjasama. Namun ada juga beberapa pemimpin Barisan Nasional menyanggah kenyataan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mendakwa gabungan itu rayu YDP Agong bertitah sidang Perlimen diadakan segera.

#AWANIByte: Detik Menyatunya Kembara 35 Tahun Cinta Diraja
Perkongsian foto peribadi dan sekitar Istiadat Pernikahan pasangan Diraja yang meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-35 pada 6 Mac. #DaulatTuanku #AgongKita

AWANI Ringkas: Perpisahan hanya rugikan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Pagi: Wanita bangkit mendepani cabaran kewangan norma baharu 2021

Ulang Tahun Ke-35: Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat
Tanggal 6 Mac 1986, tarikh yang memahat sejarah penyatuan dua hati dari dua negeri. Sebelum tarikh bersejarah ini, rakyat di dua buah negeri menjadi saksi perkahwinan Diraja di antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 5 Mac.

AWANI Ringkas: Rentas Negeri - Kerajaan pertimbang risiko
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & Ulang Tahun Perkahwinan DiRaja ke-35 [06 Mac 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & Ulang Tahun Perkahwinan DiRaja ke-35 [06 Mac 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893937/42418328661614991041899_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & Ulang Tahun Perkahwinan DiRaja ke-35 [06 Mac 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam AWANI Pagi 6 Mac 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Perkembangan vaksin COVID-19 di Malaysia 2. Bingkisan sempena Ulang Tahun Perkahwinan DiRaja ke-35 YDPA dan Permaisuri Agong

AWANI Ringkas: SOP - Pematuhan sektor runcit 97.9%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Pasangan Diraja rai ulangtahun ke-35
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.