Skip to main content

Malaysia

5,101 usahawan terima manfaat Skim Usahawan Bangkit bernilai RM14.99 juta - Anwar

Anwar berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort hari ini.  --fotoBERNAMA
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort hari ini. --fotoBERNAMA

Ringkasan AI

  • Kerajaan Persekutuan meluluskan RM14.99 juta kepada 5,101 usahawan menerusi Skim Usahawan Bangkit setakat 23 November lalu.
  • Belanjawan MADANI 2027 meningkatkan peruntukan skim itu kepada RM200 juta untuk memperkasa usahawan B40 dan peniaga kecil.
  • RM1.04 juta diluluskan kepada 380 usahawan dan peniaga kecil di Terengganu melalui Program SejaTI MADANI@Usahawan B40 bagi bantuan peralatan.
Advertisement

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM14.99 juta kepada 5,101 usahawan di seluruh negara menerusi Skim Usahawan Bangkit setakat 23 Nov lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah yang diluluskan itu adalah daripada keseluruhan 12,499 permohonan yang diterima.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi memperluas capaian skim berkenaan, Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukannya kepada RM200 juta.

Advertisement

"Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa golongan usahawan B40 dan peniaga kecil sebagai sebahagian daripada penggerak utama ekonomi rakyat.

"Selaras dengan falsafah Belanjawan MADANI 2027, kerajaan juga menekankan kepentingan pendigitalan dalam meningkatkan daya saing usahawan tempatan," katanya ketika berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata keunikan produk dan perusahaan tempatan Terengganu seperti songket, batik dan keropok lekor serta sektor berasaskan marin dan pelancongan perlu dimanfaatkan sebagai kekuatan ekonomi negeri yang berpotensi menembusi pasaran lebih luas.

"Menerusi Program SejaTI MADANI@Usahawan B40, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan bernilai RM1.04 juta kepada 380 usahawan dan peniaga kecil di Terengganu bagi meningkatkan kapasiti dan produktiviti perniagaan melalui bantuan peralatan," katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement