17 migran maut selepas 15 hari di laut cuba masuk Sepanyol
Sekurang-kurangnya 17 migran dipercayai maut ketika cuba menuju ke Kepulauan Balearic, Sepanyol selepas 15 hari di laut. Dua mangsa terselamat ditemui dalam keadaan dehidrasi dan kekurangan zat makanan berhampiran Mallorca.