Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal tinggi dengan Pitas dan Kota Marudu terus mencatatkan angka besar, manakala Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu PPS dibuka setakat pagi Ahad. Secara keseluruhan, 17 PPS menempatkan 3,359 mangsa melibatkan lebih 1,700 keluarga di kedua‑dua negeri.