ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 November 2026.
SPM 2026 bermula hari ini, pelbagai persiapan dilakukan pastikan kelancaran
Langkah kontingensi seperti Ops Payung dan pusat peperiksaan alternatif diaktifkan di negeri berisiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut untuk memastikan kelancaran peperiksaan.
Astro Shaw raih lima kemenangan, satu Anugerah Khas di Festival Filem Malaysia ke-35
Filem Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike, dan TARUNG: Unforgiven masing-masing memenangi anugerah utama dalam kategori lakonan, pengarahan, dan aksi.
SPM 2026: Ujian mendengar, bertulis BM, BI diadakan hari sama elak calon tidak hadir
Langkah ini bertujuan mengurangkan ketidakhadiran calon dan memastikan mereka menduduki semua komponen peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran.
Budak setahun lapan bulan dilapor hilang sudah ditemui
Muhammad Irsyad Hakim Mohammad Khairul Najmi ditemukan oleh seorang penoreh getah kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.
Shuhaily janji lindungi pegawai AKPS 'lawan arus' demi integriti
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi jaminan melindungi pegawai wanita yang mendedahkan salah laku pegawai atasan.
Jamawi terima jahitan pada kepala selepas tergelincir di KLIA
Jamawi menjelaskan insiden itu berlaku akibat permukaan lantai yang licin ketika beliau menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP.
'Nyanyi Negaraku, tetapi jual semua khazanah negara' - Shuhaily
Tindakan menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda kecintaan kepada tanah air tidak membawa makna sekiranya pada masa sama khazanah negara terus dijarah dan diseludup keluar demi kepentingan pihak tertentu.
Tiada cadangan bubar DUN Perak selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2027 - MB
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tiada cadangan atau keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejurus pembentangan Belanjawan Negeri 2027, esok.
'Takluk 2: Op Daulat' imbau kembali tragedi Lahad Datu, mula ditayangkan 26 Nov
Filem 'Takluk 2: Op Daulat' membawa penonton mengimbau kembali peristiwa hitam dalam sejarah negara, khususnya pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Kekuatan M'sia bukan hanya bersandarkan teknologi tetapi juga berteraskan akidah, akhlak - PM
Kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan besar semata-mata sebaliknya turut bersandarkan kepada kekuatan akidah, akhlak serta pembentukan keperibadian rakyat.