Sebanyak 34 jalan di ibu negara terlibat dengan penutupan dan lencongan trafik secara berperingkat pada Ahad ini sempena penganjuran Coway Run 2026 di Stadium Merdeka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Superintenden Suffian Abdullah berkata penutupan dan lencongan bermula seawal 3.30 pagi sebelum dibuka semula secara berperingkat selepas acara yang dijangka disertai 10,000 peserta itu tamat.