GV Holdings Berhad mengkomersialkan tiga inovasi pertanian tempatan bagi membantu meningkatkan produktiviti, kecekapan input serta kemampanan sektor pertanian negara.
Dalam perkembangan lain, PIC Berhad menerusi anak syarikatnya, KPKSB memperoleh kontrak daripada Petra Energy Development Sdn Bhd bagi menyediakan perkhidmatan sokongan marin untuk operasi di Medan Minyak Banang, manakala Carsome Group Inc mencatat hasil mencecah lebih RM33 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026, naik 38% tahun ke tahun (YoY), menandakan suku ke-10 positif berturut-turut.