Skip to main content
Advertisement
Rangkuman korporat 8 Oktober 2026

Rangkuman korporat 8 Oktober 2026

Rangkuman korporat kali ini menyoroti saham sektor perbankan tempatan mengalami tekanan selepas JPMorgan menurunkan penarafan CIMB Group Holdings Bhd kepada “Underweight” daripada “Neutral”, MMM Group Bhd bakal dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Malaysia pada 12 Oktober 2026, manakala Northern Solar Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM34 juta bagi kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sebuah loji solar fotovolta berskala besar berkapasiti 9.5 megawatt.