7 Warga Yemen Ditahan Selepas Aksi Bahaya Di Jalan Sungai Besi
Polis Kuala Lumpur menahan tujuh lelaki warga Yemen bagi membantu siasatan selepas tular video memaparkan penumpang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap dua kenderaan yang sedang bergerak di Jalan Sungai Besi. Aksi itu didakwa dilakukan untuk meraikan perkahwinan seorang rakan.