90 peratus rakyat guna bawah 200 liter sebulan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nilai transaksi harian bagi pelaksanaan subsidi mencecah RM3.1 juta, mencerminkan penglibatan kira-kira 3.1 juta rakyat setiap hari, dengan pelaksanaannya dilaporkan berjalan lancar dan terkawal.
Kerajaan turut memaklumkan purata penggunaan bahan api adalah sekitar 100 liter sebulan, manakala 90 peratus rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. Orang ramai juga menunjukkan semangat kebangsaan yang tinggi apabila bertindak melaporkan sekiranya terdapat kenderaan asing yang disyaki menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, penyasaran subsidi RON95 yang dijadualkan pada tahun 2026 dijangka mampu menjimatkan kira-kira RM2.5 bilion, sekali gus memperkukuh usaha kerajaan memastikan subsidi lebih bersasar dan mampan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat