Pastikan doktor boleh pulang tepat pada masa, kurangkan kelesuan - MMA
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai berkata beberapa isu segera yang perlu ditangani termasuk isu waktu kerja para pegawai perubatan. Mereka mesti bekerja mengikut ketetapan masa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dibenarkan pulang tepat pada masa. Ini sebagai langkah awal menangani masalah kelesuan dalam kalangan doktor.