MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 September 2025.
Ada keperluan untuk memanjangkan lingkaran Projek Laluan Rel Pantai Timur dari Kota Bharu, Kelantan, merentasi daerah Rantau Panjang hingga ke sempadan Thailand, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petroliam Nasional Berhad didakwa hanya menyerahkan sekitar lima peratus nilai sumber itu kepada Sarawak manakala bakinya terus dinikmati syarikat tersebut, kata penasihat undang-undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong.
Seorang guru tahfiz direman tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini kerana dipercayai merotan muridnya sehingga lebam di beberapa bahagian badan.
Mahkamah Koroner membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, diterima sebagai pihak berkepentingan.
Beliau berkata perlu ada reformasi terhadap sistem antarabangsa, selepas situasi semasa seperti jenayah perang rejim Zionis, serta ketidakadilan perdagangan.
Jemaah Menteri mengarahkan KDN mempertingkatkan prosedur keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, khususnya melibatkan institusi diraja.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski memberi jaminan pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim berada dalam keadaan terbaik dan sedia beraksi untuk negara walaupun dilaporkan berdepan masalah peribadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China
Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengkaji pelaksanaan reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas selaras dengan perubahan demografi negara ke arah masyarakat menua.
Mahkamah Koroner diberitahu, Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami