Anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi
Sempena Perutusan Aidilfitri 2026, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan memelihara perpaduan rakyat dan menegur tingkah laku kurang beradab serta penyalahgunaan media sosial yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat. Untuk memahami implikasi titah ini terhadap landskap politik dan sosial Malaysia, kita bersama Prof. Datuk Dr. Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM.