Ancaman global reda, risiko tempatan masih membelenggu PKS?
Perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran dilihat meredakan ketidaktentuan geopolitik yang selama ini memberi tekanan kepada kos tenaga, logistik dan perdagangan global. Namun adakah manfaatnya mampu dirasai segera oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS)? Perbincangan turut meneliti cabaran yang masih menghimpit pemain tempatan termasuk persaingan tidak adil, penyalahgunaan pas lawatan sosial, kebanjiran produk dalam platform digital serta keperluan kepada penguatkuasaan yang lebih berkesan.