Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Adly berdepan empat penjuru di DUN Bukit Katil

Empat calon bertanding di DUN Bukit Katil iaitu dari kiri, Adly, Mohd Ridzuan, Abu Bakar dan Aliza. - Foto Astro AWANI
Empat calon bertanding di DUN Bukit Katil iaitu dari kiri, Adly, Mohd Ridzuan, Abu Bakar dan Aliza. - Foto Astro AWANI

Advertisement

Advertisement

BUKIT KATIL: Proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil selesai hari ini, sekali gus bermula tempoh kempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Seawal jam 8 pagi, kawasan sekitar Dewan Tun Ali di sini mula dipenuhi penyokong parti politik yang hadir memberikan sokongan kepada calon masing-masing.

Calon Parti Bersama, Dr Aliza Che Amran menjadi individu pertama tiba kira-kira jam 8.15 pagi, diiringi sekumpulan penyokong parti berkenaan.

Advertisement

Suasana kemudian bertambah meriah apabila calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ridzuan Mohd Shariff tiba sekitar jam 8.30 pagi bersama puluhan penyokong yang turut melaungkan slogan “Reformati”.

Lima minit kemudian, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi, Adly Zahari pula tiba bersama penyokongnya yang tidak ketinggalan melaungkan slogan “Melaka Rumah Kita” ketika mengiringi beliau menuju ke pusat penamaan calon.

Advertisement

Kehadiran seorang lagi calon Bebas, Abu Bakar Sabudin kira-kira jam 9 pagi melengkapkan empat calon yang tampil untuk merebut kerusi berkenaan.

Proses penyerahan borang pencalonan bermula tepat jam 9 pagi dengan Adly menjadi calon pertama mendaftar, diikuti calon Bersama, PN dan Bebas.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran beberapa pemimpin kanan parti yang turun memberikan sokongan kepada calon masing-masing.

Di pihak PH, antara yang kelihatan ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Sabu.

Sementara itu, PN turut mendapat sokongan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selain Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar).

Meskipun penyokong kedua-dua gabungan hadir dengan laungan dan slogan masing-masing, suasana di sekitar pusat penamaan calon berlangsung meriah dengan kawalan keselamatan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukit Katil turut menjadi antara kerusi yang mendapat perhatian pada PRN kali ini, khususnya dengan penyertaan Adly yang kembali mempertahankan kerusi berkenaan.

SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian, dengan semua calon kini mempunyai tempoh 14 hari untuk mendekati pengundi dan mendapatkan mandat mereka.

Must Watch Video

Advertisement