Cuaca panas, Jerebu: Masjid di Singapura pendekkan khutbah Jumaat
Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengarahkan masjid di seluruh negara itu memendekkan khutbah Jumaat mulai hari ini susulan cuaca yang semakin panas serta fenomena jerebu di beberapa kawasan.
MUIS menerusi hantaran di Facebook berkata Singapura kini mengalami cuaca yang semakin panas, manakala jerebu turut mula dikesan di beberapa kawasan.